Jumaat, 28 Disember 2012

BERMULANYA ALAM PEKERJAAN !

Asslamualaikum semuaaa ~~~

Dah lama x mengarang niee. . .  hihihihi ~. . . . .  korang semua pe khabar?? sihat lah hendak nya yee ~ . .
Dah lama x menulis nie sampai dah habis study pun. . . . .  hahahahahaha :D  asyik malas je memang x lah nak menaip nyaa. ~~~

Lepas je admin habis study. . .  admin terus dapat kerja. . .   hahaha rezeki admin lah kan. .  sebab zaman sekarang susah nak cari kerja. . . walaupun hanya kerja-kerja biasa ja. . . . (zaman dah berubah) wee~

Sekarang nie admin kerja dekat Syarikat Pelancongan Poly Travel . . . .  Baru sebulan je kerja tapi dah jalan merata. . . . jadi pada sesiapa yang nak pergi berjalan dengan harga murah & pakej tu. . .  boleh la bagitahu admin ye~  Siap untuk membantu . . . . :)

Bab dengan si dia tu pulak. . . .  kami okay je ~ :)  Cuma dia semakin banyak masalah. .  emm kesian dia. .  admin pun tak boleh nak tolong apa. . .  cuma boleh berdoa je dia dapat kehidupan yang lebih selesa. . . .
korang semua pun tolong lah doakan ok :) ~ terima kasih yee ~

Sekarang ni pun admin dah kurang masa dengan buah hati admin. . .  nak keluar date pun susah. . .  asyik kena tinggal dia ja. . .  :)    masa rehat dengan balik kerja je lah dapat tengok muka dia. . .  cukup lah tu kan dari x jumpa langsung ~ hakzz .. . ..

Huaaa bulan Jan mungkin kena pergi Hat yai. . .  kena tinggal lagi My Baby Boooo. . . .  ehehehehe xpela. . .  pergi bukan nya x balik. . .  :)

Sampai sini je kot dulu nak cerita. . . . sebab nie pun tengah kerja. . .  :)                                                (dekat tempat kerja boleh tulis blog lagi?) adooiiiii . . . . . .    dah xde kerja nak buat. . . .

Okay lah semua. . . .   bubye. . .  nanti kita jumpa lagi ye. . . . ^.^

(pada kengkawan yang baca tu . . .   jangan nak gelak sangat. . .  hahahahaha )

Assalamualaikum~~~~

Sp3cEz  : ABDUL MALIK BIN AZAZIAN <3 span="span">

Sabtu, 15 September 2012

7 SEPTEMBER (tarikh yang sangat bermakna)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua pembaca admin. . . . 

Baru hari nie admin dapat luangkan masa nak tulis blog admin nie. . . .  Yela admin sibuk dngan study lagi , dengan assgmnt lagi. Pening-pening. . . bila teringat nak update blog jee mesti badan xlarat. . . huhuhu. . . . 

Korang semua mesti tertanya-tanya kan tentang tajuk yang admin tulis kat atas nie. . . hahahaha :)
Okay lah jangan tertanya-tanya lagi. . . xkan korang dah lupa kot?? hah tengok balik cerita-cerita admin yang sebelum nie. .  ada admin cerita pasal tarikh special nie. . . 

ishhh korang nie. . . . okay lah admin bagitahu balik. . . 7 September. . . Hari Lahir admin lah. . . Hah baru jee lepas kan ?  emmm. . .  korang xnak wish ke? ? hehehe ok TQ. . . dan tarikh nie juga tarikh Hari lahir hubby admin yang tersayang tuu. . . . yee yang admin cerita kami sama tarikh lahir tuu. . 
Hehehe baru nak ingat lah tuu. . . apa lah. . . 

Jadi di sebabkan tarikh lahir kami sama. . . .  soooo . . . . . kami pun sambut la sama-sama. . . ehehehe sweet kan -.~   . . Kami sambut biasa-biasa jee. .  xde lah cara grand2 sangat pun. . Hubby admin cuma belikan 2 kek untuk kami sambut di rumah admin dan juga di rumah dia. . . . Dia belikan kek cokelat sebab admin suka kek tuu. . . :) . . .   

Pada mulanya kami cadang nak sambut berdua jee. . tapi last minute adik-adik dia call kata ada makan-makan sikit dekat rumah. . . jadi kami pun cancel kan lah rancangan kami. . . admin ikut dia pergi sambut birthday dekat rumah dia. . .

Kami seronok sangat sebab ada yang ingat tarikh keramat tuu. . . . malam tuu kami makan sama-sama dan tangkap gambar banyak-banyak untuk kenangan. . .  ehh korang nak tengok gambar dia ke?? hahahaha okay. . . 

 hahahahaha my hubby yang comel sangat !
Nie lah kek kami. .yang kiri tuu adik dia yang belikan.


Hehehe nie je gambar nyeee. . . xleh letak banyak-banyak. . . kang ada yang jelesss. . . hahaha gurau jee. . . 

Mesti korang tertanya-tanya kan sapa budak botak yang comel tuu?? Hah itulah adik dia. . dan mesti korang tertanya-tanya lagi kenapa dia leh ada pulak nak potong kek sekali???
ishhhh banyak tanya betul korang nie...hahahhahaha. . . ini sebab adik dia pun sama tarikh lahir dengan kami berdua. . . hah special tak??? ehhh jangan nak terkejut sangat. . betul lah tuu. . . hahahaha. . . .

Adoii.  . . . . sekarang mesti korang nak tengok gambar hadiah admin dan apa yang admin bagi dekat dia kan??

ehehehe. . . . . sorrylah. . . kami masing-masing x ada hadiah lagi tapi. . . . admin memang akan bagi dia hadiah cuma lambat sikit. . dia kata dia x kisah. . dah dapat sambut sama-sama pun dia dah happy sangat. . . ehehehe baikkan dia. . sebab tuu admin sayang dia sampai ke syurgaa.. . . 

Dia kata dia ada hadiah untuk admin. . nak tahu apa hadiah yang dia nak bagi??? nak tahu saja. . . 
dia nak hadiahkan admin phone. . . katanya BlackBerry?  admin x kisah pun apa-apa. . . admin cuma nak hubungan kami berdua kekal hingga dah tua kerepot.... hahahahahaha. . .. .  doa-doakan untuk kami yee. . .. amin ~~~

Emmm minggu depan admin kena pergi Langkawi 3 hari 2 malam. . . . ada kerja sikit nak buat. . jadi bubye my hubby. . . ! hahahahaha nanti kitew bawak balik burung helang tauu. . . hahahahaha. . . 

Okaylah. . sampai sini jee dulu admin nak kongsi. . . nanti ada masa admin update lagi yee. . ..

Thankz sebab sudi baca blog admin niee. . . sayang korang semua !!!

Specez : Abdul Malik Bin Azazian ~ <3 span="span">
 

Khamis, 16 Ogos 2012

RAMADHAN YANG INDAH.

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia pada semua pembaca blog admin nie. . 
Hehehehehehe okay2 jangan marah-marah ye. . ..  Admin tau dah lama admin tak update  blog nie. . . Admin busy  la. . Sejak-sejak mula kelas nie tak de masa sangat nak ngadap komputer. . . . 

Amacam dengan bulan ROMADHON korang semua? ? ok ke x? Hahahahhahaha. . . . Jangan ada yang kantoi pulak yee. . .  Kalau yang kaum hawa tuu boleh di maafkan. .  Tapi bagi kaum Adam tuu :)  ~no komen ~

Bulan Ramadhan tahun ini amat-amat lah bermakna bagi admin. . .  banyak kenangan manis yang admin lalui. . . . Terutama dengan si dia. . . Tahun nie si dia ada beli kan kasut raya untuk admin. . . Hehhehe admin suka sangat sebab admin memang nak kasut tuu. . . . Apa-apa pun terima kasih yee sayang sebab dah belikan kasut raya tuk kiteww. . . .  dan tak penah mengeluh pun masa teman kitew pilih kasut yang dekat berjam-jam. . ^.^

Sebelum terlambat. .  admin nak mengambil kesempatan ini untuk ucapkan *SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. . . MAAF ZAHIR & BATIN kalau admin ada tersinggung perasaan pembaca-pembaca admin nie. . atau ada tersalah bahasa di dalam blog admin nie . . .  Maafkan yeee o.0

Mungkin raya tahun nie admin tak dapat nak beraya dengan buah hati admin. .  huhu sedih nyaa. . . . 
Sayu~~~ hati ini makin sayu~~~ ehehehe menyayi plak . . . .  tapi jangan sedih yee my lovely hubby. . . nanti kiteww dah balik. .  kitew beraya sama-sama tau. . . Jangan nak mengatal dan lupa diri pulak masa kitew tak ada. .  kalau nakal. . . kitew cubit-cubit pipi tuu. . . . 

SELAMAT HARI RAYA SEMUA !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Jemput mai rumah at Taiping, Perak.


sPeCez : ABDUL MALIK BIN AZAZIAN <3 b="b">



Ahad, 8 Julai 2012

Pembelajaran Ku Tlah Bermula !

Assalamualaikum semua pembaca admin ! ! Ha ha dah lama gak admin diam ni. . . Admin sibuk laaa.... Sorry yeee... Mesti korang semua tertanya-tanya macam mana hubungan admin gan si dia lepas gaduh hari tuu kan ? Admin dengan dia dah okay . . Dia datang juga petang esok nya bagi fon admin. . . Dia kata ,dia nak admin sendiri yang ambil fon tuu. . . sweetnyaaaa. . . Admin dengan muka sposen pun keluar laa ambil fon tuu. . . Lepas tuu , malam pulak dia bawa admin pergi EURO FUNFAIR . . . Seronoknya. . .Walaupun cuma naik satu game jaa.. Admin dah seronok sangat...  Lepas tuu dia selalu buat admin happy jee... sampai la ke hari ini. . . 


Tau tak. . . . . . . .  Buah hati admin niee makin romantik la dengan admin. . Selalu dia tak macam tuu tau.... Sekarang kalau keluar dengan admin jea. . Dia suka kiss tangan admin. . . Lepas tuu dia letak tangan admin dekat dada dia... Eeee admin suka laa. . . Admin betul sayang dia sangat. . . 


Minggu depan admin dah kena sambung belajar balik. . . .  Untuk semester terakhir. . . Jadi admin kenalah berjauhan dengan family dan dia untuk beberapa hari ,minggu dan bulan. . . Emm rindu laa admin kat adik admin yang kecik dekat rumah niee. . . Dan tentu admin rindu dia juga. . . Tapi bolehlah mesej dan telefon kan. . . Kan zaman dah canggih. . . . 


Admin harap dia tak buat perangai masa admin tak ada dekat dengan dia. . . Dan harap dia selalu ingat janji dia yang dia nak admin jadi penyeri hidup dia. . . . Amin~~



Baiklah. . . Sampai sini jee admin nak merepek. . . Admin dah gantuklah sebab penat sangat siang tadi pergi cuci dan kemas rumah sewa baru admin. . . .   Memang terrbbaaeeekkkk ! 
Assalamualaikum semua. . . . 






p/s : ABDUL MALIK BIN AZAZIAN .

Sabtu, 7 Julai 2012

PETANDA DIA ADALAH JODOH KITA.

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.


1. Bersahaja

 Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

 2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.


Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3.Terima Kita Seadaanya


Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.


Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.


4. Sentiasa jujur


Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.


Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.


Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai


Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?


Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.


Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.


Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.


Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?


7. Memahami diri kita


Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.


Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.


Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.


8. Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.


Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.


Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.


9. Kata hati


Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.


Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?


Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal


Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.


Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.


Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.


Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Khamis, 28 Jun 2012

SAYA SAYANG AWAK SANGAT2. MAAF!

Assalamualaikum semua pembaca admin... emm korang apa khabar? sihat ke?? Alhamdullilah kalau sihat.. admin x berapa sihat hari nie... dan emosi admin pun x berapa ok hari niee... eemm admin sedih sesangat hari nie.... baru semalam admin rasa kebahagian tapi malam nie admin tidur dengan airmata saja.. em xpela... sekarang dia pun dah xkisah dengan admin.. baru semalam admin happy kan tulis blog nie... admin dengan dia gaduh teruk harii ni..
Admin bagi fon yang dia hadiahkan dekat admin dulu dekat dia balik petang tadi. Sekarang kami x berhubung langsung pun.. Admin online muka buku admin... kenapa admin online??? sebab admin ingat mungkin dia rindu admin nak teks dekat situ... Tapi dari tadi amin tunggu dia xada send satu teks pun dekat admin.. Admin kecewa sangat.
Tadi admin saja buka muka buku dia.. admin buka inbox dia.. admin pun terbaca lah teks dia yang mengata kan dia x akan berhubung dengan admin. Sebab hati dia sakit. kenapa dia fikir hati dia je sakit?? Hati admin nie?? emm dah x ada makna pun tuk dia... Sekarang admin terasa sangat-sangat yang dia dah x sayang kan admin. Dia dah x cintakan admin lagi. Kenapa semua lelaki suka buat admin menagis?? Admin dah penat menagis.. Sebelum nie admin ada kata admin hanya akan jadi gila kalau dia tinggal kan admin. Memang admin dah gila lah... Sebab selama nie cuma dia yang admin sayang, cuma dia yang admin cinta.. Sekarang apa??? admin masih sayang dia tapi dia dah x sayang admin lagi. Admin kena faham.. admin undur diri. admin rasa macam dah x bernyawa lagi.. Sungguh betul sakit nie x da sapa boleh ubat melainkan dia jee.. Memang admin x matang..semua orang akan cakap admin x matang.. Admin dah cuba jadi matang..admin dah cuba jadi yang terbaik tapi mereka x faham admin. Mungkin Allah sengaja bagi admin bodoh macam nie sebab ada yang boleh matang kan admin. tapi mereka x tahan dengan dugaan Allah bagi yang terletak dekat diri admin...
Admin kena sabar.. admin sunyi malam nie xda dia yang selalu telefon admin buat admin senyum... admin sunyi malam nie x ada kata-kata indah dari dia buat admin malam nie macam selalu... Malam nie admin tidur sorang berteman kan teddy bear yang dia penah hadiahkan untuk admin. Nama dia bearbear... Admin peluk bearbear bila rindu dia.. apa mungkin semua nie tinggal kenangan??? pembaca semua doakan untuk admin ye... admin rasa x bermaya sangat sekarang ...dari semalam admin x makan... sebab apa??? Sebab admin dari semalam nak makan dengan dia.. rindu nak makan dengan dia...  tapi hari ni jadi macam nie... admin x nak makan sebab admin janji nak makan dengan dia.. Rindu sangat nak tengok dia senyum...

Sampai sini je kot admin nak cerita.. esok malam admin cerita lagi yee semuaa... salam sayang buat semua pembaca admin...

p/s : ABDUL MALIK BIN AZAZIAN

BARU NAK BERJINAK DENGAN BLOG :)

Assalamualaikum smua pembaca blog admin nie..... admin baru je nk menceburi bidang penulisan nie...ini pun blog pertama admin....baru nk berjinak-jinak la katanya... Sebab admin tengok macam best ja tulis blog niee.... Kalau ada tersalah kata harap di maafkan lah yee..... i'm sorry bak kata Amir Raja Lawak... hu hu hu..... Baiklah...  Mesti korang tertanya-tanya kan nape nama blog admin mcm nie??

Ha ha ha ... Bak kata prpatah 'Yang Indah Itu Hanya Sementara'.... admin nie penah kecewa dengan Cinta Pertama..bak kata omputihnya.. First Love...hehehe... tapi itu semua cerita lama....sekarang admin dah pun bahagia bersama dengan seorang lelaki yang admin rasa baik,tanggungjawab & sayang admin.... Nak tau macam mana admin jatuh hati kat dia?? ishhhh tak sabar la tuu..

Baiklah....admin mula kenal dia dekat chatroom ja.... Dari chatroom ke laman muka buku pulak..... Dari situ la kami mula rapat... bertukar-tukar nombor phone.... Sampai la si dia ajak admin date gan dia... Masa itu admin bekerja di kedai phone.... Si dia pun selalu datang dekat admin lunch sama-sama....  Sejak pertama kali admin jumpa dia... admin terus falling in love laaa.... Dah mula rindu berbagai..... tapi........ masa tu dia dah ada yang punya.... depan-depan admin dia jawab call buah hati dia..... adusss tersangat laa jeless.. Admin pun dah hampa sesangat..... Ada satu hari tuu... dia nak couple dengan admin... masa tuu dia cakap dia dah tak sehaluan dengan perempuan tuu.... Lama juga tau admin tunggu dia.... hu hu hu (tak tahu kenapa tunggu cinta dia).... Admin pun terus je terima cinta dia.... Hubungan kami pun direstu... Dia datang rumah admin siap bawa ibu dia lagi... hu hu hu (jadi wanita melayu terakhir jap).. Kami masa tu couple pada tarikh 07 SEPTEMBER 2010....Sampai la sekarang 2012.... Harapnya kekal la sampai ke anak cucu.... Pembaca semua doakan yee.. Terima Kasih....  ha ha ha..... Hah !! Korang semua nak tahu tak ada sesuatu yang very special tentang kami...

Ha ha ha....(tak sabar la tuu...)   Admin & buah hati admin nie... kebetulan sama tarikh lahir..... dan... kebetulan tarikh kami couple pun sama dengan tarikh lahir kami.. hah kelam kabut tengok tarikh kat atas balik laa tuuu.... ha ha ha...... Admin tak tipu laa... Sumpah betol tarikh kami sama... 07 SEPTEMBER... cuma admin tahun 199?... Si dia 198?...... Biarlah rahsia.... he he he jangan marah yeee........

Sekarang kami berdua bahagia sangat... dia sayang admin & admin sayang dia...   <3 ... Baiklah admin rasa sampai sini jee kot.... Korang doa-doakan laa admin terus update blog nie yeee.....

sayang semua yang sudi baca blog admin.... <3 <3 <3

assalamualaikum.....

p/s : ABDUL MALIK BIN AZAZIAN...